"Dalam masyarakat majmuk, penerimaan globalisasi dan pembesaran franchise ketika era ini, menjadi satu kelebihan penting dalam apa jua perkara dalam memperkenalkan satu yang asing kepada masyarakat. Industri industri pelbagai membuka peluang kepada pengusaha-pengusaha luar memperkenal dan memperdagangkan produk dan perkhidmatan masing-masing ke negara majumuk, aman dan damai ini. Tetapi, hasil daripada penglobalisasian, franchise dan sikap menutup mata manjadikan sesetengah pengusaha industri mengambil lewa tentang sentimen keagamaan dalam masyarakat, terutama sekali mereka yang beragama Islam..."
panjang lebar aku karang kat atas tu, sbb aku nak hantar pada sebuah akhbar menyatakan perkara yang aku rasa, seperti kurang dipandang dan diambil perhatian. isu ini amat penting, kerana ia berkaitan dengan apa yang kita makan dan jadi darah daging. cerita dan perkara ini berlaku dua tiga hari yang lepas kepada diri aku sendiri.
dua tiga hari yang lepas, aku, kaklin dan kakjue, pergi ke sebuah franchise restoran masakan jepun (lebih baik tidak sebut nama) di penang ini, dengan tujuan meraikan hari lahir kak jue. kak lin dan kak jue adalah pengunjung setia ke franchise ini, dan selalu mempelawa ku untuk makan di situ, tetapi aku, seperti org yang naif dan kampung, selalu saja menolak. tempat itu kelihatan mahal dan ekslusif. tetapi, untuk menjaga hati mereka berdua, aku turut kan saja, memandangkan mereka selalu makan di situ.
setelah sampai, kami memesan makanan masing masing. walaupun aku tidak pernah makan disitu, aku selalu juga makan tepanyaki di foodcourt KLCC, jadi aku memilih untuk memesan makanan yang seakan akan sama. aku tidak ingat nama set itu, tetapi yang aku dpt adalah nasi putih, sup rumpai laut, kepingan ayam di masak dengan kicap, tiram dan minyak, dan sejenis agar agar dari telur. kak lin memesan mee udon, dan kak jue memesan set yang sama seperti aku, kecuali dia memakan daging. lekatkan di dalam kepala anda, bahawa yang datang mengambil order adalah seorang pekerja gadis melayu bertudung. ketika ini aku sedar cawangan itu, hampir kesemua pekerjanya adalah melayu, lelaki dan perempuan. setelah makanan kami sampai, kami pun makan lah dengan sambil lewanya. masakannya sedap, ditambah pula dengan ayam masak tiram yg memang kegemaran ku. lahap dan kenyang.
ketika mahu meminta bil, pekerja wanite bertudung lain yang datang kepada kami, dan kemudiannya seperti takut takut untuk memberitahu sesuatu. di amemanggil seorang lagi pekerja wanita melayu bertudung yang bekerja di bahagian dapur. dia datang dan memberitahu kepada kami, dengan perasaan takut takut dan memandang sekeliling supaya tiada yang dengar apa yang dia mahu katakan, bahawasanya, ada makanan yang kami order TIDAK HALAL dan WAS WAS cara pemasakannya. ASTAGA... aku mula tanya apa yang tidak halal dan was was tu. dalam hati aku, dah mengagak yang ayam ku ini tidak disembelih, atau di masak dgn sake atau minyak haiwan.
pekerja wanita melayu bertudung itu berkata, sup mee udon kaklin was-was cara pemasakannya, dan agar-agar telur putih itu juga tidak halal katanya. aku tersentak terkejut. kak lin dgn nada marah sedikit bertanya, kenapa mereka tidak bagitahu awal awal bahawa makanan itu tidak halal ketika pesanan dibuat, dia hanya menyatakan dia tidak tahu siapa yang mengambil pesanan, dan wanita yang mengambil pesanan tadi tidak tahu. nak mengamuk pun rasanya sudah terlewat. tetapi merungkam juga la dalam perut rasa terkejut dan marah tu.
yang aku peliknya, jikalau franchise itu menjual dan menyediakan masakan tidak halal, kenapa mereka mengambil pekerja melayu bertudung? adakah ini satu strategi untuk menarik pelanggan melayu? tiada juga amaran MAKANAN TIDAK HALAL seperti kedai kedai masakan cina yang byk terdapat di penang ini. yang peliknya, franchise ini memang selalu dikunjungi oleh bangsa melayu tidak kira di penang mahupun kuala lumpur, tanpa menyedari halal atau tidak makanan yang dimakan. jika ada amaran makanan tidak halal, sudah pasti kita tidak masuk dan makan di situ. tetapi rasa keselesaan bila memandang ada pekerja melayu telah menghilangkan rasa was-was sebelum masuk ke kedai tadi.
kalau ada makanan yang tidak halal, kenapa penyambut tetamu di depan restoran tadi tidak menyatakan pada kami bahawa makanan di situ tidak halal, sedangkan dia adalah lelaki melayu beragama Islam? kenapa ketika kami memesan makanan tersebut, pelayan tadi tidak menyatakan makanan itu adalah tidak halal? kenapa ketika pesanan dihantar, tiada siapa yang berkata, ini tidak boleh makan, itu tidak boleh makan? dan tidakkah kalau satu benda yang dimasak tidak halal, akan menimbulkan was was atas kebersihan hidangan lain?
tiga empat tahun lepas, franchise ini telah mengeluarkan kenyataan bahawa masakan mereka tidak menggunakan barangan yang tidak halal setelah diwarwarkan menjual makanan yang tidak boleh dimakan oleh orang Islam. dari segi logik, makanan jepun selalunya mengandungi ikan, tiram, rumpai laut, tiada babi dan sbgnya. tetapi cara masakan dan bahan masakan yang menjadi persoalan sekarang.
pekerja pekerja melayu di franchise ini seperti sedikit takut dan gusar ketika hendak memberitahu kami tentang perkara ini. aku juga tahu bahawa mereka takut ditangkap oleh penyelia atau tuan punya franchise sendiri bila mengeluarkan rahsia ini. mereka juga mengaku mereka juga terkena dan setelah habis makan baru diberitahu bahawa ianya tidak halal.
pagi ini, aku melakukan beberapa pertanyaan di website JAKIM, dan amat terkejut, bahawa franchise ini tidak mendapat pengesahan halal JAKIM. ASTAGA...
begitu mudahnya org org luar mengambil lewa perkara halal dan tidak halal dan kini was was bagi kita yang beragama Islam.
esok saja...
Labels: Jack Sparrow, Reflects, Self Talking