http://www.makepovertyhistory.org/

Transformers: The Glorified Movie...

Monday, July 09, 2007

ok ok ok... pertama sekali, aku adalah kanak kanak era 80an. kartun transformers, adalah antara kartun yang amat best ketika itu, di kalangan thundercats, centurion, mask, robotech, macross, mospeada dna lain lain. so takyah la sesapa nak gaduh ngan aku pasal facts about kartun kartun tersebut... generasi aku first hand experience semua tu sblm korang korang budak budak zmn bluetoh dan wifi ni...

ok, berbalik kepada movie...

MOVIE INI ADALAH HEBAT!

hebat kerana CGI bagi robot robot yang amat menarik. amat respek kerana mengekalkan bunyi CICUCUCICIT(efek transform transformers, aku boleh buat sebijik kalau korang dgr, sapa nak dgr, leh call aku, aku demonstrate) itu.

hebat kerana mengembalikan nostalgia sewaktu kecil, dan membuatkan detik terharu seketika kerana akhirnya robot robot cool ini difilemkan. aku amat terharu bila scene optimus prime muncul bersama geng lain mengelilingi Sam dan mengintrokan diri memasing. aku amat terharu, sampai nak menitis air mata kecil (boleh tanya dhilla atas kebenaran ini).

hebat kerana ada diselitkan unsur unsur humour yang tepat pada waktunya, dan kena pada situasi. Shia Lebouf masih Shia Lebouf, dengan pertuturan yang cepat dan pengembangan hidung yang nyata.

hebat kerana aksi aksi besar yang nyata boleh buat kita bangun dari tempat duduk dan bertepuk tangan.

MOVIE INI GAGAL!

bila mana Michael Bay sekali lagi cuba menerapkan unsur unsur PEMUJAAN / GLORIFIYING angkatan tentera amerika, dari marin, ke navy, ke airforce. sama seperti movie movie nya sebelum ini. nyata ada unsur Armageddon dalam scene scene tertentu.

jalan cerita yang seakan akan disegerakan di akhir akhirnya.

kemusnahan Megatron yang boleh dianggap amat mudah dan tak masuk akal kerana begitu senang sekali orang jahat mati.

beberapa fakta yang tak masuk akal. contohnya:

- ketika Sam, BumbleBee dan tentera Amerika itu melarikan Allspark. kenapa diaorang menuju ke kawasan yang berpopulasi sedangkan mereka tahu Decepticon sedang mengejar mereka di belakang. Alasan untuk membeli sebuah walkie talkie dari kedai pajak gadai? come on, stupid sgt alasan tu. adakah mereka mmg bertujuan untuk membahayakan manusia yang lain? huhu~ atau untuk tujuan aksi letup letup bangunan yang lebih kebabom!

- ketika di awal cerita, ketika Blackout menyerang pangkalan tentera, ia ditembak dengan pelbagai senjata tetapi tidak mempunyai kesan yang teruk. tetapi di akhir cerita, dengan mudah tentera tentera ini menembak rosak robot-robot Decepticon. kenapa?

all and all, aku suka part awal movie ini. ketika kita sedang khayal menantikan kemunculan Optimus Prime dan Bumblebee, tetapi amat menyakitkan hati bila Megatron mati mcm bodo je. senang je mati. oh, penamat yang amat mudah dan tidak kreatif langsung.

ternyata movie ini based on HASBRO TOYS dengan tujuan menjual mainan!!!

dan Optimus Prime nye dialog dibuat seperti orang membuat PUBLIC SERVICE ANNOUNCEMENT. amat menjelikkan ketika ending movie. seperti menasihat kanak kanak supaya berenti hisap rokok, ambik dadah, dan gunakan kondom...

pergi la tgk. aku syorkan korang gik tgk kat IMAX kat BTS. korang sure akan kluar muntah muntah dan pening pening...

esok saja...

Labels: ,

3 Comments:

Anonymous Kumprinx said...

Saya lega kerana saya tak keseorangan dalam aspek penitisan airmata ketika scene tersebut. terima kasih brader..

Autobots, roll-out!
KIKIKUKIKIT!

7/14/2007 04:19:00 PM

 
Blogger beck said...

menitis siut. menitis!!! paham? air mata kluar. awek aku gelakkan aku...

7/16/2007 03:03:00 PM

 
Blogger Azzu said...

mmg cgi yg dahsyat. aku bertepok tangan spt budak2 kena agah disogok gule2 mase menonton filem ni.

tapi sayang, sbb penampilan autobots maupon decepticon tlh diubah sesuke ati dorang je. dlm katun transformers, aku xprasan plak megatron ade gigi2 tajam and optimus prime ade wiper kat mate dier. huh.

8/01/2007 11:50:00 AM

 

Post a Comment

<< Home


----------------------------------
Ekspresi Gerak Susur Manusia Prahistorik Digital.
Absrd 2006. All rights reserved.
Design & Code by: beckzaidan @ [ mail ]
Protected under Creative Commons Attribution 2.5 License